I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 23, 2012

Puisi Untuk Mu


Kekasih...
Mengapa hatimu berubah
Dan mengapa kau menghilangkan diri mu
Setelah diriku mula menyintai mu
Apakah salah ku.?
Di mana janji lafaz setia
Yang pernah kau ucapkan dulu

Kekasih...
Semerah api di hatiku
Sepanas kasihku terus membara
Kau siram cinta yang menyala
Sehingga perasaan cinta terus membuak-buak

Kekasih...
Kan ku cari cahaya
Dalam kegelapan malam
Untuk mencari cinta kita
Kau padamkan semua
Kita terus sesat dalam kegelapan
Sehingga semuanya hancur dek kerana kegelapan

Kekasih...
Jika kau tak lagi cinta
Katakan saja agar ku mengerti
Supaya tidak lagi ku menunggu mu
Bertahum menanggung rindu
Seabad kasih berpadu

Kekasih...
Di mana janjimu yang dulu
Katamu aku kau rindu
Sehari tidak bertemu
Bagaikan setahun membisu
Hinggaku menjadi keliru
Diam membisu.

#ikhlas dari kekasih hati mu...T_T

Monday, May 21, 2012

Kerna Kasih & Rindu Hadirnya Cinta

Assalamualaikum cinta,

Andai ini yang perlu ku lakukan untuk kebahagian kita berdua, akan lakukan dengan seikhlas yang mungkin. Tak akan pernah ku sedih akan semua ini walaupun hati ku terpaksa menipu diri sendiri. Biarlah aku berkorban untuk masa depan kita bersama. Andai ini yang kau pinta dari ku, akan ku penuhi permintaan mu itu walaupun apa yang ku minta tiada apa2 balasan dari mu. Siapa sangka yang dulunya kita bahagia tapi sekarang kita ke arah berduka. Kita hanya mampu merancang dan Dia menetukan segalanya. Dalam kita merancang biarlah kearah positif dalam memikirkan hari2 yang akan datang.

Andai aku sering terasa hati dengan mu, maafkan aku kerana itulah sikapku dari dahulu hingga sekarang. Mungkin diri mu tidak dapat menerimanya dan mungkin diri mu telah bosan dengan perangai ku. Bukan ku pinta semua itu tetapi itulah jiwa ku sebagai seorang insan yang benama seperti dalam I/C ku. Andai diri mu sudah bosan, katakanlah padaku agar tidak engkau merasakan keperitan di saat hidup bersama ku. Bukan ku nak tunjuk baik kepada mu tetapi inginku menjadikan mu orang yang terbaik di mata hati ku.

Cinta bukan hanya dimata dan bukan hanya dengan kata2. Tetapi cinta hadir dari dalam jiwa. Biarlah jiwa berbicara tentang cinta. Tanpa kasih sayang dan rindu makan cinta tidak akan pernah hadir. Sayang, bila kasih sayang abang curahkan pada sayang tetapi bila rindu itu tidak dipedulikan, maka cinta itu tidak akan hadir. Bukan hanya untuk membuang masa abang nak bercakap dengan sayang setiap malam.. Tetapi adalah untuk mengubati rindu abang terhadap sayang. Bila kasih sudah diberi dan rindu sudah terubat. Maka hadirlah sang cinta abang di dalam jiwa sayang. Makin kita rapat makin kuat ikatan cinta kita.

Tiada apa yang inginku luahkan kepada mu sayang. Hanyalah sedikit luahan hati yang ingin menjelaskan kepada mu mengapa ku ingin mu selalu ada untukku setiap malam. Hanyalah untuk mengubati rinduku padamu dan bukannya untuk menemani ku dikala ku sedang bosan. Tidak pernah terlintas niatku untuk membuat mu teman ku dikala ku kebosanan tetapi adalah untuk mengubati rinduku pada mu. Rindu adalah sakit yang bila ditahan makin parah bila tidak di ubati dan kita tidak dapat ubati dengan ubat demam tetapi hanya dengan orang yg kita rindu mampu membuatkan kita kembali ceria.

Wassalam rindu...T_T

Friday, May 18, 2012

Demi Kebahagiaan Mu

Assalamualaikum cinta,

Indah cinta kerana kebahagiaan yang dirasai, buruk percintaan kerana kedukaan yang dialami. Dalam percintaan pasti ada madu dan adanya racun. Mungkin pembaca blog ni dah boring dengan tulisan aku asyik tentang cinta, tapi itulah tujuan aku membina blog ini agar aku dapat meluahkan apa yang aku rasakan dalam hati ini. Dikala aku kesedihan, aku akan menulis tentang apa yang membuatkan aku sedih. Disaat coretan ini ditulis, tiada satu pun tokok tambah yang aku tulis melainkan dari hati ku. Malam ini akan ku ceritakan tentang aku dan si dia lagi. Aku tak punya tempat untuk mengadu kesedihan dikala aku bersedih. Semalam aku call si dia untuk membincangkan tentang kami. Selama aku tak diberi peluang untuk bincangkan tentang masalah kami sebab si dia asyik sibuk dan malam asyik tidur awal. Tapi semalam pada pukul 2.10 a.m aku call si dia untuk berbincang tentang apa yang terjadi antara kami. Pada awalnya memang si dia tidak berminat untuk bercakap tentang semua ni sebab dah lewat malam. Aku tahu masa tu memang tidak sesuai, tetapi bilakah lagi dapat ku bercakap dengan si dia untuk selesaikan masalah ini. Setelah aku jelaskan semuanya baru si dia faham. Sayang, tidak pernah ada niat dihati abang untuk mengongkong sayang. Abang tak suka dikongkong dan abang tak suka mengongkong. Abang tahu semester sayang akan sibuk, tidak pernah pun abang ganggu sayang dalam pelajaran, tak perlu sayang nak pesan2 pada abang sebab abang dah faham macamana rasa apa yang akan sayang rasa nanti. Sesungguhnya memang abang tak boleh berjauhan dengan sayang walaupun sesaat, tetapi abang faham kita masih belajar dan ingin berjaya. Jika kita hanya mengikut kehendak maka terjunamlah kita ke lurah kegagalan. Sayang, sekarang ini abang hanya ikut apa yang sayang inginkan walaupun abang terpaksa memendam rasa dalam hati abang demi nak tengok sayang bahagia dan tidak lagi mengungkit apa yang sayang tidak puas hati. Abang tahu abang bukan orang yang selalu memahami sayang. Abang buat semua ni adalah untuk sayang dan bukanlah untuk abang. Sayang, andai tiada lagi abang di dunia ini. Sayang ingatlah apa yang sayang minta abang dah tunaikan. Abang nak tgk sayang bahagia sebab abang cintakan sayang. Sayang, andai tak dapat lagi kita bersua, maafkan abang ep sebab abang terpaksa pergi. Sayang, abang akan tunaikan segala kemahuan sayang selagi abang mampu. Akan abang lalui semua ini dengan hati yang redha dan tabah. Jika itu yang sayang cari selama ini akan abang berikan walaupun abang sedikit berubah untuk melihat sayang bahagia. I Love U Sayang...Walaupun disaat ini hati abang sedikit terasa dengan apa yang sayang katakan, abang terima dengan ikhlas...~_~

Wassalam rindu....

Sunday, May 13, 2012

Please Dont Leave Me Alone.!


Assalamualaikum Cinta,

Kehadapan kekasih yang tercinta Afifah Azmi. Tujuan abang menulis coretan ini adalah untuk abang menyatakan apa yang ada dalam hati abang ini. Sesungguhnya tidak pernah terlintas dihati abang untuk memalukan sayang depan orang atas peulisan abang ini. Abang menulis di blog ini hanyalah untuk abang meluahkan rasa dihati abang ini. Abang tiada tempat untuk mengadu kesedihan di kala hati abang sedang bersedih. Sayang, abang tidak pernah langsung meminta simpati sayang untuk terus bersama abang. Abang tidak mahu sayang bersama abang kerana sayang kesiankan abnag yang terlalu cintakan sayang sehingga bang tidak rela saynag pergi dari hidup abang. Hanya air mata menjadi bukti kesedihan abang di malam ini untuk menulis secebis coretan untuk diluahkan apa yang terbuku di hati abang. Sayang, abang tahu abang jenis yang suka memaksa sehingga sayang tertekan dengan kehendak abang yang tidak suka sayang bergaul terlalu bebas dengan lelaki. Sesungguhnya kawan dengan lelaki biarlah hanya di dalam kelas dan bukan hingga lewat malam untuk sambut birthday the other guys. Cukuplah sekadar berkawan untuk dalam pembelajaran dan bukan untuk bersosial. Tidak pernah sekali abang suka akan perempuan yang lepak dengan mana2 lelaki di waktu malam walaupun rakan2 pperempuan yang lain turut bersama. Jika sayang faham permintaan abang ini, tidak akan sayang persoalkan kenapa abang terlalu tegas dengan sayang. Sayang, sesungguhnya niat dihati abang hanyalah untuk menjaga sayang sebaik mungkin untuk sayang menjadi isteri yang baik untuk abnag suatu hari nanti. Bukannya sudah berkahwin baru abang nak ajar cara untuk menjadi seorang isteri yang mematuhi segala arahan si suami. Pepatah ada menyebut "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tidak pernah abang terlalu sayangkan seorang perempuan hingga sukar bangi abang untuk melepaskannya. Ini kerana abang terlalu sayangkan sayang. Orang kata, jikalau kita hendakkan seseorang yang baik untuk hari esok, pasti banyak dugaan yang akan kita lalui apabila kita bersamanya. Indah pertemuan keranaNYA indah perpisahan kerana kemahuanNYA. Jika perpisahan yang sayang minta tak dapat abang tunaikan, silakanlah menyepi dari hidup abang biar abang tahu itulah tanda sayang inginkan perpisahan dari hubungan kita. Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hamba Mu ini telah banyak melakukan dosa terhadap mu Ya Allah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, jika si dia adalah jodohku yang sepertimana Kau tetapkan untukku, permudahkanlah segala liku2 kehidupan kami Ya Allah sehingga kami mudah untuk mencapai hubungan yang halal disisi Mu Ya Allah. Jikalau si dia bukanlah jodohku yang Kau tetapkan, maka biarlah kami memilih jalan untuk hidup bersendirian dan tidak ada lagi rasa kasih dan sayang antara kami. Amin amin ya rabalalamin. Disaat coretan ini ditulis, lidah ku terkelu tanpa mengatakan apa2 dan coretan ini ditulis apa yang dikatakan oleh hatiku ini....T_T

Wassalam rindu....

Saturday, May 12, 2012

Luahan Hatiku Untuk Mu

Assalamualaikum cinta...

Disaat ku menjenguk ke luar tingkap, hujan mula turun renyai-renyai membuatkan aku tersentak dengan angin yang sejuk yang meniup tubuhku di malam ini. Aku memikirkan sesuatu tentang diri ku. Entah apa yang akan terjadi pada diri ku selepas ini. Sayang, andai sesuatu yang terjadi terhadap ku selepas ini.  Abang minta maaf sebab abang selalu marahkan sayang selalu salahkan sayang bila ada sesuatu masalah. Walaupun hal tu kecik je tapi abang selalu besar2kan. Abang tak tahu kenapa dua tiga hari ni abang selalu serabut dan fikiran abang selalu tak tenang. Abang tak boleh nak salah sayang 100% dalam masalah kita sebab hanya kita yang mampu selesaikan masalah peribadi kita. Mungkin kepercayaan abang terhadap sayang kurang sedikit dari dahulu. Abang minta maaf sekali lagi sebab abang tak boleh kembalikan kepercayaan abang terhadap sayang buat sementara waktu ni. Abang dah cuba untuk mempercayai sayang semula. Mungkin dua tiga hari ni abang terasa hati dengan sayang sebab layanan sayang untuk abang tak macam hari tu. Mungkin sayang rasa abang macam menyusahkan sayang. Andai itu yang terlintas difikiran dan dihati sayang, katakanlah sejujurnya pada abang agar abang dapat memenuhi apa yang sayang pinta. Insyaallah akan abang berdoa kepada-Nya semoga memperkuatkan dan tabahkan hati abang untuk melalui hari2 seterusnya. Andai sayang sudah bosan dengan perangai abang selama ni, cubalah jujur kepada abang. Mudah2an abang membenarkan sayang membuat pilihan. Jika kebebasan yang sayang cari selama ini masih belum ditemui, akan abang penuhi kehendak sayang. Demi kebahagiaan sayang orang yang abg cintai didunia dan diakhirat kelak, abang rela lepaskan sayang walaupun hati abang tak sanggup membenarkan sayang pergi dari hidup abang. Abang perlukan untuk menguatkan lagi semangat abang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Kalau sayang still sayang dan cintakan abang, tolonglah jaga perangai sayang, jaga tingkah laku sayang, jaga percakapan sayang dan yang paling penting jagalah air muka abang depan kawan2 sayang. Niat abang hanyalah untuk menegur kesilapan sayang, disaat abang menegur kesilapan sayang dalam masa yang sama abang juga cuba menegur diri abang supaya tidak selalu memarahi sayang. Sayang, memang manusia selalu buat silap sebab kita manusia biasa. Sebagai manusia biasalah kita cuba untuk tidak buat silap sebab kita bukan Rasul yang tak pernah buat silap dan dosa. Sampai bila kita nak buat silap sayang.? Andai sayang tidak lagi dapat mengikut apa yang abang suruh, tolonglah bagitahu abang. Abang tak nak seksa sayang sebab abang. Biarlah kita bersama untuk bercinta dengan hati yang ikhlas bukan kerana terpaksa. Sebab abang ikhlas cintakan sayang abang bagi peluang kepada sayang untuk berubah dek kerana kesalahan sayang hari tu. Walaupun pernah abang terdengar kata2 dari kaum adam "perkara yang paling bodoh dalam kehidupan lelaki adalah apabila seseorang lelaki itu ditipu oleh kaum yang lemah iaitu kaum hawa". Apabila mendengar kata2 tu abang terdiam untuk seketika kerana abang terfikir akan kata2 tu. Tapi kerana keikhlasan di dalam hati abang, abang tidak pedulikan apa yang orang cakap. Tiada apa yang perlu abang lakukan untuk mengubah diri sayang tapi hanyalah diri sayang yang mampu mengubah diri sayang sendiri. Sesungguhnya abang terlalu cintakan sayang dan terlalu ingin memperisterikan sayang. Mungkin keinginan abang terlalu jauh, tetapi itulah niat di hati abang sebenarnya. I LOVE YOU SAYANG...Afifah bt Azmi... 

Wasallam rindu....-_-

Popular Posts

BMI Calculator