I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, May 12, 2012

Luahan Hatiku Untuk Mu

Assalamualaikum cinta...

Disaat ku menjenguk ke luar tingkap, hujan mula turun renyai-renyai membuatkan aku tersentak dengan angin yang sejuk yang meniup tubuhku di malam ini. Aku memikirkan sesuatu tentang diri ku. Entah apa yang akan terjadi pada diri ku selepas ini. Sayang, andai sesuatu yang terjadi terhadap ku selepas ini.  Abang minta maaf sebab abang selalu marahkan sayang selalu salahkan sayang bila ada sesuatu masalah. Walaupun hal tu kecik je tapi abang selalu besar2kan. Abang tak tahu kenapa dua tiga hari ni abang selalu serabut dan fikiran abang selalu tak tenang. Abang tak boleh nak salah sayang 100% dalam masalah kita sebab hanya kita yang mampu selesaikan masalah peribadi kita. Mungkin kepercayaan abang terhadap sayang kurang sedikit dari dahulu. Abang minta maaf sekali lagi sebab abang tak boleh kembalikan kepercayaan abang terhadap sayang buat sementara waktu ni. Abang dah cuba untuk mempercayai sayang semula. Mungkin dua tiga hari ni abang terasa hati dengan sayang sebab layanan sayang untuk abang tak macam hari tu. Mungkin sayang rasa abang macam menyusahkan sayang. Andai itu yang terlintas difikiran dan dihati sayang, katakanlah sejujurnya pada abang agar abang dapat memenuhi apa yang sayang pinta. Insyaallah akan abang berdoa kepada-Nya semoga memperkuatkan dan tabahkan hati abang untuk melalui hari2 seterusnya. Andai sayang sudah bosan dengan perangai abang selama ni, cubalah jujur kepada abang. Mudah2an abang membenarkan sayang membuat pilihan. Jika kebebasan yang sayang cari selama ini masih belum ditemui, akan abang penuhi kehendak sayang. Demi kebahagiaan sayang orang yang abg cintai didunia dan diakhirat kelak, abang rela lepaskan sayang walaupun hati abang tak sanggup membenarkan sayang pergi dari hidup abang. Abang perlukan untuk menguatkan lagi semangat abang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Kalau sayang still sayang dan cintakan abang, tolonglah jaga perangai sayang, jaga tingkah laku sayang, jaga percakapan sayang dan yang paling penting jagalah air muka abang depan kawan2 sayang. Niat abang hanyalah untuk menegur kesilapan sayang, disaat abang menegur kesilapan sayang dalam masa yang sama abang juga cuba menegur diri abang supaya tidak selalu memarahi sayang. Sayang, memang manusia selalu buat silap sebab kita manusia biasa. Sebagai manusia biasalah kita cuba untuk tidak buat silap sebab kita bukan Rasul yang tak pernah buat silap dan dosa. Sampai bila kita nak buat silap sayang.? Andai sayang tidak lagi dapat mengikut apa yang abang suruh, tolonglah bagitahu abang. Abang tak nak seksa sayang sebab abang. Biarlah kita bersama untuk bercinta dengan hati yang ikhlas bukan kerana terpaksa. Sebab abang ikhlas cintakan sayang abang bagi peluang kepada sayang untuk berubah dek kerana kesalahan sayang hari tu. Walaupun pernah abang terdengar kata2 dari kaum adam "perkara yang paling bodoh dalam kehidupan lelaki adalah apabila seseorang lelaki itu ditipu oleh kaum yang lemah iaitu kaum hawa". Apabila mendengar kata2 tu abang terdiam untuk seketika kerana abang terfikir akan kata2 tu. Tapi kerana keikhlasan di dalam hati abang, abang tidak pedulikan apa yang orang cakap. Tiada apa yang perlu abang lakukan untuk mengubah diri sayang tapi hanyalah diri sayang yang mampu mengubah diri sayang sendiri. Sesungguhnya abang terlalu cintakan sayang dan terlalu ingin memperisterikan sayang. Mungkin keinginan abang terlalu jauh, tetapi itulah niat di hati abang sebenarnya. I LOVE YOU SAYANG...Afifah bt Azmi... 

Wasallam rindu....-_-

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

BMI Calculator