Sunday, May 13, 2012

Please Dont Leave Me Alone.!


Assalamualaikum Cinta,

Kehadapan kekasih yang tercinta Afifah Azmi. Tujuan abang menulis coretan ini adalah untuk abang menyatakan apa yang ada dalam hati abang ini. Sesungguhnya tidak pernah terlintas dihati abang untuk memalukan sayang depan orang atas peulisan abang ini. Abang menulis di blog ini hanyalah untuk abang meluahkan rasa dihati abang ini. Abang tiada tempat untuk mengadu kesedihan di kala hati abang sedang bersedih. Sayang, abang tidak pernah langsung meminta simpati sayang untuk terus bersama abang. Abang tidak mahu sayang bersama abang kerana sayang kesiankan abnag yang terlalu cintakan sayang sehingga bang tidak rela saynag pergi dari hidup abang. Hanya air mata menjadi bukti kesedihan abang di malam ini untuk menulis secebis coretan untuk diluahkan apa yang terbuku di hati abang. Sayang, abang tahu abang jenis yang suka memaksa sehingga sayang tertekan dengan kehendak abang yang tidak suka sayang bergaul terlalu bebas dengan lelaki. Sesungguhnya kawan dengan lelaki biarlah hanya di dalam kelas dan bukan hingga lewat malam untuk sambut birthday the other guys. Cukuplah sekadar berkawan untuk dalam pembelajaran dan bukan untuk bersosial. Tidak pernah sekali abang suka akan perempuan yang lepak dengan mana2 lelaki di waktu malam walaupun rakan2 pperempuan yang lain turut bersama. Jika sayang faham permintaan abang ini, tidak akan sayang persoalkan kenapa abang terlalu tegas dengan sayang. Sayang, sesungguhnya niat dihati abang hanyalah untuk menjaga sayang sebaik mungkin untuk sayang menjadi isteri yang baik untuk abnag suatu hari nanti. Bukannya sudah berkahwin baru abang nak ajar cara untuk menjadi seorang isteri yang mematuhi segala arahan si suami. Pepatah ada menyebut "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tidak pernah abang terlalu sayangkan seorang perempuan hingga sukar bangi abang untuk melepaskannya. Ini kerana abang terlalu sayangkan sayang. Orang kata, jikalau kita hendakkan seseorang yang baik untuk hari esok, pasti banyak dugaan yang akan kita lalui apabila kita bersamanya. Indah pertemuan keranaNYA indah perpisahan kerana kemahuanNYA. Jika perpisahan yang sayang minta tak dapat abang tunaikan, silakanlah menyepi dari hidup abang biar abang tahu itulah tanda sayang inginkan perpisahan dari hubungan kita. Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hamba Mu ini telah banyak melakukan dosa terhadap mu Ya Allah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, jika si dia adalah jodohku yang sepertimana Kau tetapkan untukku, permudahkanlah segala liku2 kehidupan kami Ya Allah sehingga kami mudah untuk mencapai hubungan yang halal disisi Mu Ya Allah. Jikalau si dia bukanlah jodohku yang Kau tetapkan, maka biarlah kami memilih jalan untuk hidup bersendirian dan tidak ada lagi rasa kasih dan sayang antara kami. Amin amin ya rabalalamin. Disaat coretan ini ditulis, lidah ku terkelu tanpa mengatakan apa2 dan coretan ini ditulis apa yang dikatakan oleh hatiku ini....T_T

Wassalam rindu....

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Popular Posts

BMI Calculator