I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 18, 2012

Demi Kebahagiaan Mu

Assalamualaikum cinta,

Indah cinta kerana kebahagiaan yang dirasai, buruk percintaan kerana kedukaan yang dialami. Dalam percintaan pasti ada madu dan adanya racun. Mungkin pembaca blog ni dah boring dengan tulisan aku asyik tentang cinta, tapi itulah tujuan aku membina blog ini agar aku dapat meluahkan apa yang aku rasakan dalam hati ini. Dikala aku kesedihan, aku akan menulis tentang apa yang membuatkan aku sedih. Disaat coretan ini ditulis, tiada satu pun tokok tambah yang aku tulis melainkan dari hati ku. Malam ini akan ku ceritakan tentang aku dan si dia lagi. Aku tak punya tempat untuk mengadu kesedihan dikala aku bersedih. Semalam aku call si dia untuk membincangkan tentang kami. Selama aku tak diberi peluang untuk bincangkan tentang masalah kami sebab si dia asyik sibuk dan malam asyik tidur awal. Tapi semalam pada pukul 2.10 a.m aku call si dia untuk berbincang tentang apa yang terjadi antara kami. Pada awalnya memang si dia tidak berminat untuk bercakap tentang semua ni sebab dah lewat malam. Aku tahu masa tu memang tidak sesuai, tetapi bilakah lagi dapat ku bercakap dengan si dia untuk selesaikan masalah ini. Setelah aku jelaskan semuanya baru si dia faham. Sayang, tidak pernah ada niat dihati abang untuk mengongkong sayang. Abang tak suka dikongkong dan abang tak suka mengongkong. Abang tahu semester sayang akan sibuk, tidak pernah pun abang ganggu sayang dalam pelajaran, tak perlu sayang nak pesan2 pada abang sebab abang dah faham macamana rasa apa yang akan sayang rasa nanti. Sesungguhnya memang abang tak boleh berjauhan dengan sayang walaupun sesaat, tetapi abang faham kita masih belajar dan ingin berjaya. Jika kita hanya mengikut kehendak maka terjunamlah kita ke lurah kegagalan. Sayang, sekarang ini abang hanya ikut apa yang sayang inginkan walaupun abang terpaksa memendam rasa dalam hati abang demi nak tengok sayang bahagia dan tidak lagi mengungkit apa yang sayang tidak puas hati. Abang tahu abang bukan orang yang selalu memahami sayang. Abang buat semua ni adalah untuk sayang dan bukanlah untuk abang. Sayang, andai tiada lagi abang di dunia ini. Sayang ingatlah apa yang sayang minta abang dah tunaikan. Abang nak tgk sayang bahagia sebab abang cintakan sayang. Sayang, andai tak dapat lagi kita bersua, maafkan abang ep sebab abang terpaksa pergi. Sayang, abang akan tunaikan segala kemahuan sayang selagi abang mampu. Akan abang lalui semua ini dengan hati yang redha dan tabah. Jika itu yang sayang cari selama ini akan abang berikan walaupun abang sedikit berubah untuk melihat sayang bahagia. I Love U Sayang...Walaupun disaat ini hati abang sedikit terasa dengan apa yang sayang katakan, abang terima dengan ikhlas...~_~

Wassalam rindu....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

BMI Calculator