I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 7, 2012

Perpisahan Jua Kau Minta

Assalamualaikum perpisahan

malam ni mlm yg paling sedih untukku..apakah salah ku ya Allah hingga kau berikan aq ujian yg sebegini besar ya Allah...mungkin aq bukanlah seorang lelaki yg kau inginkan dalam hidup mu..tetapi aq cuba tuk mnjadi org yg trbaik dalam hdup mu..aq x mampu nak hadapi semua ni...aq rindukan ko..aq perlukan kamu...aq xkuat untuk hidup sorang2..malam ni aq mula hidup sorang2..aq mulakan hidup yg baru tanpa teman dihati..aq tak kuat ya Allah..aq mohon kepada Mu ya Allah..kuatkan lah hati ku ini ya Allah...malam ni kita berpisah setelah 1 tahun 5 bulan 5 hari kita bersama...kita mulakan haluan masing2...walaupun aq tak sanggup tuk lepaskan mu...aq terpaksa..walaupun ko ckap aq lbih bhgia kalau ko xde..sbnarnye aq lebih trseksa kalau ko xde..aq perlukan ko..slame ni semua benda yg kita buat kita kongsi bersama..kita ada masalah kita kngsi bersama...tapi lepas ni xde lagi da..sy ada masalh sy slesaikan sorang2..sy ade ssuatu pun sy xley kgsi ngn awk da..sekarang ni sy tak mampu tukar wallpaper henset sy yg ad skang ni..skang ni gmbar awk masih ade di screen hnset sy..tapi bile tgk gmbar awk..sy jadi sebak..sy mcm x percaya..hubungan yg kita bina slame ni musnah ngn sekelip mata..dan sy pun tak mampu tukar name awk dalam hnset sy..name awk still lagi "my love"..setiap kali sy bace n balas msj awk...sy akan iringi ngn air mata..sy x mmpu nak pendam semua ni..bile semua ni nak berakhir..?tapi insyaallah sy akan trima semua ni dengan hati yg terbuka..sy tahu sy bukanlah org yang terbaik untuk awk sebb tu awk mntak sy lepaskan awk...mgkin awk da jmpe org yg lebih baik dari sy dan lebih faham kan awak..sy doakan awk bhgia selepas sy tak lagi brsama awak...sy rindu nak bersama awk..tapi sy tahu semua tu hnyalah tinggal knangan yg x kan dapat digapai walaupun sekuat mane kita pertahankan kalau salah sorang dari kita dah tak ada hati lagi...sy tahu..selama ni sy bnyak marah2 awk...sy marah sbb sy sygkan awak...kalau sy tak marah...awk mesti xkan dapat blajar mcm skang n msti slalu jew wat prangai..alhamdulillah awk dah berjaya tingkatkan pointer awk kali ni..sy bangge ngn awk..awk...sy mntak maaf sbb sy dah buat awk sakit ati ataupun sedih selama ni...i love u until i die...i_i

hari ni dah dua hari kita tak bersama mcm dulu..i miss that moment...how can i get it back...why this happen to me.?terlalu jahat ke sy nih..?smpi skrang sy masih x boleh terima awk dah takde untuk sy...sy rase semua ni...tapi bila sy tampar muka sy...sy rasa sakit...dan sy sedar semua ni bukanlah mimpi dan ini adalah kenyataan...bukan niat sy nak mmpermainkan awk selama ini cuma 1 jew niat dihati sy...sy cuma nak jadikan awk seorang yg halal bg sy...sbb tu sy terkilan sgt bila awk buat mcm ni kat sy..sy x dapat terima lagi wak...sy perlukan awk dalam hati sy...ssungguhnya sy da takde hati lagi tuk org lain..sy hnya ada awk sorang jew..biarlah ap org nak ckap...sy mmg gilakan awk...sebb awk org yg pertama buat sy mnitiskan air mata...sy mmg susah nak titiskan air mata tuk perempuan melainkan perempuan yg betul2 sy syg n cinta...skang sy tahu...slepas air mate sy mnitis..sy sedar...awk lah org yg paling sy syg n cinta...awk...andai kate awk da jmpe lelaki yg lebih baik dari sy...awk knalkan pada sy ep...agar sy tahu awk da ade org lain yg boleh jgekan awk agar sy tak lagi fikirkan awak...awk..sejak kite brsama  walaupun sy jahat tapi hati sy xpernah jahat ngn awk..walaupun sy msj ngn pmpuan lain tapi hati sy hanya sygkan awk dan tak pernah ad untuk org lain..awk...nape awk x mcm sy..lepas awk msj ngn laki lain hati awk terus berubah...ap semua ni..?tak cukup ke kasih syg yg sy berikan selama ni..?awk...awk nak tahu..?smpi skang gmbar awk still jd wallpaper nset sy dan name awk dalm phne sy still lagi sy x tukar sbb sy perlukan awk...tapi bila sy tgk semua tu sy jadi sebak...sy xnak lupakan awk...biar tiap kali sy tgk gmbar awak Allah akan faham ap yg sy inginkan...awk...tiap kali sy on9..pasti sy akan usha fb awk...sbb sy nak tgk kot2 ade org post pape kat wall awk..kot ad org yg ske sbb awk da single skang...sy tahu sy tak patut buat camni...smpi bila sy perlu camni...T_T

#saya dah x tahan titiskan air mata sy...smpi bile sy perlu mnangis..?T_T

Wednesday, May 23, 2012

Puisi Untuk Mu


Kekasih...
Mengapa hatimu berubah
Dan mengapa kau menghilangkan diri mu
Setelah diriku mula menyintai mu
Apakah salah ku.?
Di mana janji lafaz setia
Yang pernah kau ucapkan dulu

Kekasih...
Semerah api di hatiku
Sepanas kasihku terus membara
Kau siram cinta yang menyala
Sehingga perasaan cinta terus membuak-buak

Kekasih...
Kan ku cari cahaya
Dalam kegelapan malam
Untuk mencari cinta kita
Kau padamkan semua
Kita terus sesat dalam kegelapan
Sehingga semuanya hancur dek kerana kegelapan

Kekasih...
Jika kau tak lagi cinta
Katakan saja agar ku mengerti
Supaya tidak lagi ku menunggu mu
Bertahum menanggung rindu
Seabad kasih berpadu

Kekasih...
Di mana janjimu yang dulu
Katamu aku kau rindu
Sehari tidak bertemu
Bagaikan setahun membisu
Hinggaku menjadi keliru
Diam membisu.

#ikhlas dari kekasih hati mu...T_T

Monday, May 21, 2012

Kerna Kasih & Rindu Hadirnya Cinta

Assalamualaikum cinta,

Andai ini yang perlu ku lakukan untuk kebahagian kita berdua, akan lakukan dengan seikhlas yang mungkin. Tak akan pernah ku sedih akan semua ini walaupun hati ku terpaksa menipu diri sendiri. Biarlah aku berkorban untuk masa depan kita bersama. Andai ini yang kau pinta dari ku, akan ku penuhi permintaan mu itu walaupun apa yang ku minta tiada apa2 balasan dari mu. Siapa sangka yang dulunya kita bahagia tapi sekarang kita ke arah berduka. Kita hanya mampu merancang dan Dia menetukan segalanya. Dalam kita merancang biarlah kearah positif dalam memikirkan hari2 yang akan datang.

Andai aku sering terasa hati dengan mu, maafkan aku kerana itulah sikapku dari dahulu hingga sekarang. Mungkin diri mu tidak dapat menerimanya dan mungkin diri mu telah bosan dengan perangai ku. Bukan ku pinta semua itu tetapi itulah jiwa ku sebagai seorang insan yang benama seperti dalam I/C ku. Andai diri mu sudah bosan, katakanlah padaku agar tidak engkau merasakan keperitan di saat hidup bersama ku. Bukan ku nak tunjuk baik kepada mu tetapi inginku menjadikan mu orang yang terbaik di mata hati ku.

Cinta bukan hanya dimata dan bukan hanya dengan kata2. Tetapi cinta hadir dari dalam jiwa. Biarlah jiwa berbicara tentang cinta. Tanpa kasih sayang dan rindu makan cinta tidak akan pernah hadir. Sayang, bila kasih sayang abang curahkan pada sayang tetapi bila rindu itu tidak dipedulikan, maka cinta itu tidak akan hadir. Bukan hanya untuk membuang masa abang nak bercakap dengan sayang setiap malam.. Tetapi adalah untuk mengubati rindu abang terhadap sayang. Bila kasih sudah diberi dan rindu sudah terubat. Maka hadirlah sang cinta abang di dalam jiwa sayang. Makin kita rapat makin kuat ikatan cinta kita.

Tiada apa yang inginku luahkan kepada mu sayang. Hanyalah sedikit luahan hati yang ingin menjelaskan kepada mu mengapa ku ingin mu selalu ada untukku setiap malam. Hanyalah untuk mengubati rinduku padamu dan bukannya untuk menemani ku dikala ku sedang bosan. Tidak pernah terlintas niatku untuk membuat mu teman ku dikala ku kebosanan tetapi adalah untuk mengubati rinduku pada mu. Rindu adalah sakit yang bila ditahan makin parah bila tidak di ubati dan kita tidak dapat ubati dengan ubat demam tetapi hanya dengan orang yg kita rindu mampu membuatkan kita kembali ceria.

Wassalam rindu...T_T

Friday, May 18, 2012

Demi Kebahagiaan Mu

Assalamualaikum cinta,

Indah cinta kerana kebahagiaan yang dirasai, buruk percintaan kerana kedukaan yang dialami. Dalam percintaan pasti ada madu dan adanya racun. Mungkin pembaca blog ni dah boring dengan tulisan aku asyik tentang cinta, tapi itulah tujuan aku membina blog ini agar aku dapat meluahkan apa yang aku rasakan dalam hati ini. Dikala aku kesedihan, aku akan menulis tentang apa yang membuatkan aku sedih. Disaat coretan ini ditulis, tiada satu pun tokok tambah yang aku tulis melainkan dari hati ku. Malam ini akan ku ceritakan tentang aku dan si dia lagi. Aku tak punya tempat untuk mengadu kesedihan dikala aku bersedih. Semalam aku call si dia untuk membincangkan tentang kami. Selama aku tak diberi peluang untuk bincangkan tentang masalah kami sebab si dia asyik sibuk dan malam asyik tidur awal. Tapi semalam pada pukul 2.10 a.m aku call si dia untuk berbincang tentang apa yang terjadi antara kami. Pada awalnya memang si dia tidak berminat untuk bercakap tentang semua ni sebab dah lewat malam. Aku tahu masa tu memang tidak sesuai, tetapi bilakah lagi dapat ku bercakap dengan si dia untuk selesaikan masalah ini. Setelah aku jelaskan semuanya baru si dia faham. Sayang, tidak pernah ada niat dihati abang untuk mengongkong sayang. Abang tak suka dikongkong dan abang tak suka mengongkong. Abang tahu semester sayang akan sibuk, tidak pernah pun abang ganggu sayang dalam pelajaran, tak perlu sayang nak pesan2 pada abang sebab abang dah faham macamana rasa apa yang akan sayang rasa nanti. Sesungguhnya memang abang tak boleh berjauhan dengan sayang walaupun sesaat, tetapi abang faham kita masih belajar dan ingin berjaya. Jika kita hanya mengikut kehendak maka terjunamlah kita ke lurah kegagalan. Sayang, sekarang ini abang hanya ikut apa yang sayang inginkan walaupun abang terpaksa memendam rasa dalam hati abang demi nak tengok sayang bahagia dan tidak lagi mengungkit apa yang sayang tidak puas hati. Abang tahu abang bukan orang yang selalu memahami sayang. Abang buat semua ni adalah untuk sayang dan bukanlah untuk abang. Sayang, andai tiada lagi abang di dunia ini. Sayang ingatlah apa yang sayang minta abang dah tunaikan. Abang nak tgk sayang bahagia sebab abang cintakan sayang. Sayang, andai tak dapat lagi kita bersua, maafkan abang ep sebab abang terpaksa pergi. Sayang, abang akan tunaikan segala kemahuan sayang selagi abang mampu. Akan abang lalui semua ini dengan hati yang redha dan tabah. Jika itu yang sayang cari selama ini akan abang berikan walaupun abang sedikit berubah untuk melihat sayang bahagia. I Love U Sayang...Walaupun disaat ini hati abang sedikit terasa dengan apa yang sayang katakan, abang terima dengan ikhlas...~_~

Wassalam rindu....

Sunday, May 13, 2012

Please Dont Leave Me Alone.!


Assalamualaikum Cinta,

Kehadapan kekasih yang tercinta Afifah Azmi. Tujuan abang menulis coretan ini adalah untuk abang menyatakan apa yang ada dalam hati abang ini. Sesungguhnya tidak pernah terlintas dihati abang untuk memalukan sayang depan orang atas peulisan abang ini. Abang menulis di blog ini hanyalah untuk abang meluahkan rasa dihati abang ini. Abang tiada tempat untuk mengadu kesedihan di kala hati abang sedang bersedih. Sayang, abang tidak pernah langsung meminta simpati sayang untuk terus bersama abang. Abang tidak mahu sayang bersama abang kerana sayang kesiankan abnag yang terlalu cintakan sayang sehingga bang tidak rela saynag pergi dari hidup abang. Hanya air mata menjadi bukti kesedihan abang di malam ini untuk menulis secebis coretan untuk diluahkan apa yang terbuku di hati abang. Sayang, abang tahu abang jenis yang suka memaksa sehingga sayang tertekan dengan kehendak abang yang tidak suka sayang bergaul terlalu bebas dengan lelaki. Sesungguhnya kawan dengan lelaki biarlah hanya di dalam kelas dan bukan hingga lewat malam untuk sambut birthday the other guys. Cukuplah sekadar berkawan untuk dalam pembelajaran dan bukan untuk bersosial. Tidak pernah sekali abang suka akan perempuan yang lepak dengan mana2 lelaki di waktu malam walaupun rakan2 pperempuan yang lain turut bersama. Jika sayang faham permintaan abang ini, tidak akan sayang persoalkan kenapa abang terlalu tegas dengan sayang. Sayang, sesungguhnya niat dihati abang hanyalah untuk menjaga sayang sebaik mungkin untuk sayang menjadi isteri yang baik untuk abnag suatu hari nanti. Bukannya sudah berkahwin baru abang nak ajar cara untuk menjadi seorang isteri yang mematuhi segala arahan si suami. Pepatah ada menyebut "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tidak pernah abang terlalu sayangkan seorang perempuan hingga sukar bangi abang untuk melepaskannya. Ini kerana abang terlalu sayangkan sayang. Orang kata, jikalau kita hendakkan seseorang yang baik untuk hari esok, pasti banyak dugaan yang akan kita lalui apabila kita bersamanya. Indah pertemuan keranaNYA indah perpisahan kerana kemahuanNYA. Jika perpisahan yang sayang minta tak dapat abang tunaikan, silakanlah menyepi dari hidup abang biar abang tahu itulah tanda sayang inginkan perpisahan dari hubungan kita. Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hamba Mu ini telah banyak melakukan dosa terhadap mu Ya Allah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, jika si dia adalah jodohku yang sepertimana Kau tetapkan untukku, permudahkanlah segala liku2 kehidupan kami Ya Allah sehingga kami mudah untuk mencapai hubungan yang halal disisi Mu Ya Allah. Jikalau si dia bukanlah jodohku yang Kau tetapkan, maka biarlah kami memilih jalan untuk hidup bersendirian dan tidak ada lagi rasa kasih dan sayang antara kami. Amin amin ya rabalalamin. Disaat coretan ini ditulis, lidah ku terkelu tanpa mengatakan apa2 dan coretan ini ditulis apa yang dikatakan oleh hatiku ini....T_T

Wassalam rindu....

Saturday, May 12, 2012

Luahan Hatiku Untuk Mu

Assalamualaikum cinta...

Disaat ku menjenguk ke luar tingkap, hujan mula turun renyai-renyai membuatkan aku tersentak dengan angin yang sejuk yang meniup tubuhku di malam ini. Aku memikirkan sesuatu tentang diri ku. Entah apa yang akan terjadi pada diri ku selepas ini. Sayang, andai sesuatu yang terjadi terhadap ku selepas ini.  Abang minta maaf sebab abang selalu marahkan sayang selalu salahkan sayang bila ada sesuatu masalah. Walaupun hal tu kecik je tapi abang selalu besar2kan. Abang tak tahu kenapa dua tiga hari ni abang selalu serabut dan fikiran abang selalu tak tenang. Abang tak boleh nak salah sayang 100% dalam masalah kita sebab hanya kita yang mampu selesaikan masalah peribadi kita. Mungkin kepercayaan abang terhadap sayang kurang sedikit dari dahulu. Abang minta maaf sekali lagi sebab abang tak boleh kembalikan kepercayaan abang terhadap sayang buat sementara waktu ni. Abang dah cuba untuk mempercayai sayang semula. Mungkin dua tiga hari ni abang terasa hati dengan sayang sebab layanan sayang untuk abang tak macam hari tu. Mungkin sayang rasa abang macam menyusahkan sayang. Andai itu yang terlintas difikiran dan dihati sayang, katakanlah sejujurnya pada abang agar abang dapat memenuhi apa yang sayang pinta. Insyaallah akan abang berdoa kepada-Nya semoga memperkuatkan dan tabahkan hati abang untuk melalui hari2 seterusnya. Andai sayang sudah bosan dengan perangai abang selama ni, cubalah jujur kepada abang. Mudah2an abang membenarkan sayang membuat pilihan. Jika kebebasan yang sayang cari selama ini masih belum ditemui, akan abang penuhi kehendak sayang. Demi kebahagiaan sayang orang yang abg cintai didunia dan diakhirat kelak, abang rela lepaskan sayang walaupun hati abang tak sanggup membenarkan sayang pergi dari hidup abang. Abang perlukan untuk menguatkan lagi semangat abang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Kalau sayang still sayang dan cintakan abang, tolonglah jaga perangai sayang, jaga tingkah laku sayang, jaga percakapan sayang dan yang paling penting jagalah air muka abang depan kawan2 sayang. Niat abang hanyalah untuk menegur kesilapan sayang, disaat abang menegur kesilapan sayang dalam masa yang sama abang juga cuba menegur diri abang supaya tidak selalu memarahi sayang. Sayang, memang manusia selalu buat silap sebab kita manusia biasa. Sebagai manusia biasalah kita cuba untuk tidak buat silap sebab kita bukan Rasul yang tak pernah buat silap dan dosa. Sampai bila kita nak buat silap sayang.? Andai sayang tidak lagi dapat mengikut apa yang abang suruh, tolonglah bagitahu abang. Abang tak nak seksa sayang sebab abang. Biarlah kita bersama untuk bercinta dengan hati yang ikhlas bukan kerana terpaksa. Sebab abang ikhlas cintakan sayang abang bagi peluang kepada sayang untuk berubah dek kerana kesalahan sayang hari tu. Walaupun pernah abang terdengar kata2 dari kaum adam "perkara yang paling bodoh dalam kehidupan lelaki adalah apabila seseorang lelaki itu ditipu oleh kaum yang lemah iaitu kaum hawa". Apabila mendengar kata2 tu abang terdiam untuk seketika kerana abang terfikir akan kata2 tu. Tapi kerana keikhlasan di dalam hati abang, abang tidak pedulikan apa yang orang cakap. Tiada apa yang perlu abang lakukan untuk mengubah diri sayang tapi hanyalah diri sayang yang mampu mengubah diri sayang sendiri. Sesungguhnya abang terlalu cintakan sayang dan terlalu ingin memperisterikan sayang. Mungkin keinginan abang terlalu jauh, tetapi itulah niat di hati abang sebenarnya. I LOVE YOU SAYANG...Afifah bt Azmi... 

Wasallam rindu....-_-

Thursday, March 15, 2012

10 Q T_T

setiap kali aq update blog pasti ade cerita tntang aq dan dia...kali ni siyes aq kecewa...aq kecewa sgt2...aq caye kat ko tapi nape ko hancurkan kepercayaan aq kat ko..ko tahu kan aq x ske org tipu aq..padahal aq dah tanye ko...mase aq tnye tu aq dah thu ko duk buat pe...tpi aq sje nak buat2 tnye sbb aq nak tgk sjauh mane kejujuran ko kat aq..mula2 mmg aq tak nak tnye soalan tu..tapi hati aq tetap degil n nak tnya jugak...aq thu lpas aq tnye msti pergaduhan antara akan terjadi..tapi aq redha sbb aq dah agak n sedia dengan semua ni..aq tahu ko terasa dengan kata2 aq..tapi aq lagi terasa...siyes aq garang bile aq marah tapi ko tak tahu kat dalam hati berkecai menangis menahan rasa sebak sebb apa yang ko telah buat aq malam ni...aq tak sggup ditipu..aq tak sggup hidup mcm ni...xpernak aq nak kata kau prempuan murahan...mknenye kau salah faham sama sekali..aq kateko nak jadi perempuan murahan ke..?sebab layan lelaki lain kat fb..?ko nak ke mcm tu..?salah ke aq tnye smpikan ko nak bsing2...aq tak thu ape masalah ko..bile aq cakap ko langsung tak nak dengar..apaka petanda ni semua...?Demi Allah aq syangkan ko aq cintakan ko...tak pernah sekali-kali lepas marah aq benci kan ko..sumpah x pernah...aq rindu saat kita selalu grau2 manje...tapi mane semua tu sekarang..aq perlukan ko dalam hidup aq...aq tak tahu apa akan jadi lepas ni..YA ALLAH..kau kuatkan hati hamba MU ini yang dalam menahan segala kesedihan yg menimpa nasib ku ini...Ya ALLAH...andai si dia adalah jodohku, kau satukan lah kami dengan kebahgiaan...dan andai si dia bukan lah milikku..ampunkanlah dosa kerna berada dijalan yang salah,..sayang,abg cintakan syang...abg x berniat nak lukakan hati syang..bile abg marah mmg abag tak dapat kawal mulut abg...abg tak pernah berniat nak tinggalkan sayang..sbb abg da janji nak kahwin ngn sayang...tpi nape..?kanpe semua ni terjadi...tiada apa yang paling indah dalam sesuatu perhubungan melainkan satu kejujuran yg tak ternila dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit..percayalah, bukan saje2 aq nak buat semua ni..aq cuma nak ko sedar mane silap ko...aq nak ko sedar yang kite siyes dalam hubungan ni..xnak 1 hari nnti ko mnyesal dengan apa yg ko sendiri buat..dan andaikata ko tak leyh lagi terima aq dalam hati ko...aq tetap redha..tpi ingt selalu pesan aq...apa yang baik ko ikut...tapi yang tak baik jgn pernah ko ikut..sbb kalau aq dah tak de kat sisi ko, aq da tak leyh nak jge ko lagi..mgkin bkan jodoh kita tuk bersama..aq dah tak ley nak jage ko lagi...aq tetap akan tggu ko tuk hadir dalam hidupku semula..aq xkan pernah tggalkan ko...aq tahu sjak kblakangan ni aq sibuk dan aq tak sempat nak layan ko selalu..tapi aq harap ko faham..ye ko mmg faham aq...tapi knape...?ko luangkan masa ko dengan chat ngn laki lain kat fb..?kalau aq boleh tak layan perempuan lain kat fb takkan ko x boleh kan..?ko ingt..aq pun ad hati dan perasaan...andai ini yg terakhir coretan ku untuk mu...ko jge dri baik2..aq janji aq takkan ggu ko lagi...an stu hari pasti ko akan tahu nape aq buat semua ni...Ya ALLAH..Kau kuatlah hati hamba Mu ini...tanngisan ini membawa erti aq ikhlas mncintaimu sayang....T_T

Wednesday, February 15, 2012

Kenapa Perubahan yang Terjadi..?

Bismillahirahmanirahim...entah kenap kbelakangan ni mcm2 masalh yang aq hadapi...apa lah yang tak kene dengan aku ni kan..sebnarnye tujuan aku menulis malam ni, aku just nak kongsi dengan korang perasaan aku mlam nih..entah la..sedih sgt kan bila org yang kita syang sangat2 tiba2 je berubah perangai..aku pun tak tahu kenapa..setiap malam bila masa skype kitorang mesti gaduh...banyak benda yang berubah kat diri dia..dulu dia tak pernah lawan cakap aku...tapi sekarang dia asyik lawan je ckap aku..x de pun rasa hormat kat aku yang ade depan dia...dulu kalau cakap ngan aku bukan main lembut lagi..tapi sekarang kasar jew bunyi...kenapa semua ni terjadi..aku xnak perkara buruk terjadi...aku berdoa pada Alah semoga panjangkan jodoh kami sehingga kami di ijab kabulkan..Ya Allah, jika si dia adalah jodohku, kau eratkan lah kami dengan kebahagiaan dan jikalau si dia bukanlah jodohku, selamatkanlah kami dari sifat benci membenci...aku sayang kat ko, aku cintakan ko...tapi nape jdi mcm ni...bnyak sgt awk berubah..tapi sy malas nak cerita kat sini..sy tak nak org lain tahu...awk..saya tanye knape...?kanpe awk tak jawab..?susah sgt ke soalan sy tu..?ke awk da mula untuk belajar melupakan or bencikan saya..?saya tahu sy bukan lelaki yang ada rupa, lelaki yang tahu nak marah awk jew kalau awk buat salah, lelaki yang x pandai nak jage awk, lelaki yang selalu xde untuk awak, lelaki yang tak pernah sempurna untuk awak...sya tahu kekurangan saya...saya da cuba jadi yang terbaik untuk awk..tapi saya tahu lebih ramai kat luar sana org yang lebih baik dari saya..niat saya nak jadikan awk isteri saya dan bukan lah untuk main2..saya tahu saya selalu marah2 awk kan..tapi awk tahu x nape saya marah..?awk tak tahu kan...saya marah awk sebab sy sayang awk...saya nak awk jew dalam hidup saya..saya tak nak awk terus berubah hingga sampai satu saat awk pergi tinggalkan saya...sebelum semua tu terjadi...saya mintak sagt awk terus terang dengan saya...saya janji saya tak kan marah awk lagi...n saya janji saya takkan ganggu hidup awk lagi lepas tu..kalau betul awk nak hidup tanpa saya..awk juz bgtau saya.insyaallah saya lepaskan awk..tapi saya janji dengan diri saya...saya takkan cari pengganti awk dalam hati saya..sbb saya dah takde hati kat mane2 prempuan da leas sya kenal dengan awk,,,awk tau kan camne sy dulu...n saya x nak jadi mcm dulu...sy perlukan awk sebnarnye..sy nak awk yang mcm kite baru knal jew..awk sorang yang lembut...awk tak pernah tinggikan suare awk..awk x pernah x jawab kalau saya tanye..dan andailah kata sy mmg lah bukan utnuk awk..maafkan saya...tapi sy bersumpah..sy memang x boleh hidup tanpa awk..awk...i love u so much...jiwa saya jiwa halus..kalau hal camni terjadi pasti saya akan lepaskan mutiara panas saya membasahi pipi untuk tenangkan hati saya..

Saturday, February 11, 2012

Kesakitan Yang Dirasai...Y_Y

assalamualaikum.. hummm....nape ep aq slalu jew sakit kepala kblakangan nih...sakit kepala kalau sikit2 tak pe lah..tapi ni macam nak pecah kepala otak aku nih...Y_Y...ape yg aq nak buat nih...hampir setiap malam aq akan sakit kepala...aku tahu ni semua dugaan Allah terhadap ku..aq redha mnghadapi dugaan yang DIA berikan kepada ku...tapi pernah ku terfikir..apkah yang akan terjadi disebalik musibah yang aku alami sekarang ini...apakah ini petanda yang aq tak kan hidup lebih lama lagi kat dunia nih...Y_Y...tapi kalau tu lah petanda nye..aq redha dan akui semua kehendakNYA....akan ku cuba melawan kesakitan ini...tapi bila ku berkeras untuk melawan..mata ku akan berair menahan kesakitan ini..tak dapat ku gambarkan kesakitan yang ku alami ini...hanya aku yang dapat merasakan semua ini...kesakitan yang mnyebabkan air mata ku mengalir...ku menulis coretan ini bukan untuk meminta simpati dari korang semua..tapi aku cuma ingin berkongsi kesakitan yang ku rasakan ini...aku miintak supaya korang2 yang bace coretan ku ini dapat mendoakan agar aq dijauhkan dari segala penyakit...doakan agar aq selalu sihat untuk beribadat kepadaNYA...mmg aku tidak dapat membalas jasa2 korang yang mendoakan kesejahteraan aku, tapi hanyalah DIA saja yang dapat membalas jasa2 korang yang telah mendoakan aku..tapi andai kata x sempat ku hidup lebih lama diatas muka bumi yang indah ini...aku memohon seribu kemaafan...dan halal kan lah segala makan minum ku, ilmu2 yang telah korang berikan padaku ini...tiada apa yang dapat ku balas kan cuma ku berdoa agar korang semua tergolong dalam orang2 yang beriman...T_T

Kisah Sedih Menjelang 14 Februari 2012...


Adik cuma nak tanya Ibu, kenapa begini jadinya? 


Bu, adik cuma ingin bertanya...
Rasanya Ibu tak akan mampu menjawabnya...

Ibu ingat 14 feb tak?...
Malam tu ibu ada janji temu...
Ibu jumpa jejaka tu...
Ibu kata dia cintakan Ibu...

Benarkah Bu?
Dia puji dan puja Ibu...
Dia rayu dan belai Ibu...
Katanya cintanya hanya untuk Ibu...

Benarkah Bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya...
Ibu terbuai dalam bicaranya...
Ibu terlena oleh bisikannya...

Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk Ibu...
Ibu izin dia sentuh jasad Ibu...
Ibu puas dapat buktikan setia Ibu...
Macam dia kata.. 
Dia mahu bukti cinta dari Ibu...

Tapi benarkah Bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang Ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil...
Hari ini buah cinta Ibu dan Dia telah terzahir...
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...

Tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut adik?
Kemana dia telah pergi tidak azankan adik?
Mengapa ibu pun benci adik?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta Ibu dan Dia?
Dan yang adik ingin Ibu jawab...
Mengapa Ibu buang adilk?

Mengapa Bu?
Tak terasakah sakit dan perit?...
Tak berbakikah kasih dan sayang?...
Dan... Tidak lagikah ibu berTuhan?

Benarkah soalan adik, Ibu?
Benarkah begitu, Ibu?

Adik cuma nak tanya je, Bu....
Jangan marah adik ya, Bu...
Adik tak kisah kalau mereka cakap adik anak haram...
Di sisi Tuhan, yang haram itu bukan adik...
Tapi, yang haram itu perbuatan Ibu...

Apapun, terima kasih Bu...
Tanpa Ibu, adik takkan dapat melihat dunia..
Biarpun sekejap...
Adik puas dapat jadi anak Ibu...
Moga Ibu kembali ke pangkal jalan..
Moga... Kepada ALLAH jua Ibu berTuhankan

Selamat tinggal Ibu...
Adik pergi dahulu...

Wednesday, February 1, 2012

Sakit Kepala...-_-

hummm...sakit kepala terasa lagi...hummm...asyik sakit kepale jew..nape ntah ngan aq nih...asyik cmni jew..maybe tak ckup tidur kot..bnyak sangat mnde yg nak dipikirkan kot..kelas asyik habis lewat jew..malam lak study..lpas study layan my syang dlu...maybe sbb tuh kot aq sakit kepala skmo..maybe ade hikmah di sebalik semua ni kot...xpe lah...aq redha dengan apa yg terjadi ke atas ku ini....xpelah..aq sakit kepla ni pom sbb aq nak layan syang aq jugak..aq buat semua nih untuk dia...xpe...lagipun aq xleyh tido kalo mlm2 aq x dengar sore die...aq perlukan die dalam hidupku...tak pernah ku lupakan dia pom walau sesibuk mane pom aq...xkan pernah aq biarkan dia keseorangan..tapi nape kebelakangan nih kitorang asyik gaduh jew..padahal aq dah cuba untuk kawal semua nih...biar x terjadi..aq xnak pom gaduh ngn si dia...aq syg kan dia dan hubungan yg telah kami bina nih..aq rase smpi kat cni jew aq dapat tulis untuk kali nih...aq sakit kepala sgt doh ni...andai ada umur yg panjang..pasti blog ni akan di update lagi..assalamualaikum...

Sunday, January 22, 2012

Apa Yang Tak Cukup..?

hummm...susah jugakkan kalau kita da buat baik ngn org tapi org still lagi nak cari kesalahan kita kan...ape yang patut aq buat lagi untuk puaskan hati ko...aq da buat macam 2 da...aq tak mintak balasan satu pun atas apa yg aq buat untuk ko...tapi xkan nak cari salah aq lagi kot...fikir lah ckit...aq kat cni asyik fikirkan ko jew...aq tahu ko tak sihat...ko asyik muntah2 jew...aq faham...aq dah tak tahu nak buat mcmane...ikut rasa hati nak jew pergi ambik ko kat rumah tu nak jew bawak per klinik...tapi apakan daya...aq tak boleh buat sume tuh...ko still ade mak ayah..n mak ayah ko takkan kasi aq bwak ko kuar mlam2 even nak bawak ko pergi klinik...n then ko cakap mak ko nak bawak ko pergi klinik esok..aq pun ckap lah ok la kalau mcam tu...tapi alih2 ko ckap aq mcm x kisah jew tntang ko...ape semua nih..?sedangkan aq rase lega ckit lepas ko ckap mcm tuh...aq dari start ko ade kat kampung lagi aq duk fikir pasal kesihatan ko...aq nak ko cepat2 balik tuh bukan ape...aq nak ko rehat jew..nak ko ade kat rumah...tapi lain lak ko fikir...sedih gak aq kadang2...kalau kate aq asyik nak ko teman aq jew..tak de la plak...aq faham ko tak sihat..ko tak nak tido awl pun aq suruh ko tido awl..tapi ape lagi yang tak ckup aq layan ko..?T_T..dan esok (isnin) jugak kite janji nak jumpe...tapi ko dalam keadaan tak sihat...aq faham kalau kali ni pun kite tak leyh jumpe...aq bukan nak pakse pom suh ko kuar ngn aq..tapi jarang2 sekali jew kite leyh sembang mcm mase kite kuar tuh...kalau ade kat rumah ko tuh aq ckap pun tak de la bising2 sbb malu ngn mak ayah ko...tapi takpe..maybe kali nim mmg kite tak leyh keluar..kalau ade umur yang panjang...sempat lah kite keluar lagi..tapi andai kata x smpat lagi kita bertemu...mgkin pertemuan kita yg sebelum ini adalah pertemuan yg terakhir bagi kita...aq redha dengan ape yg berlaku..aq tak pernah mintak balasan pun dari ko...cukup lah sekadar ko ingat kat aq selalu walaupun aq dah tak de untuk ko lagi kat dunia nih..tapi aq janji aq akan tunggu ko kat sne ep...malam nim kite msj lagi...aq cuba kawal emosi aq depan ko sbb ko tak sihat..aq still lagi nampakkan aq hepi walaupunn hati aq sedikit trsinggung dengan kenyataan ko td..tapi xpe...demi nak jge perasaan org yg aq syg nih...aq cuba jugak kawal biar aq xde rase nak bad mod...biar lah...demi ko aq buat sume nih tau...disaat aq menulis coretan ini...aq tak sedar air mata ku menitis membasahi pipi ku...Y_Y

Saturday, January 7, 2012

Kehidupan Manusia Sekarang...-_-


HIDUP...???hidup di dunia ini adakah untuk berfoya-foya..??ataupun untuk mengabdikan diri kepadaNYA..??sesungguhnya kita akan mndengar jawapan daripada org ramai adalah jawapan yang kedua iaitu mengabdikan diri kepadaNYA...tapi yang nyata semua org hidup didunia ini hanyalah untuk berfoya-foya dan meninggalkan segala perintah dan suruhanNYA....dimanakah tanggungjawab kita sebagai seorang ISLAM..?adakah kita akan melakukan semuanya apabila kita tahu kita dah nak mati..?tapi kita tahu ke semua itu akan terjadi..?tidakkah kita sedar ssesungguhnya Allah telah menunjukkan segala kuasaNYA dengan menurunkan bala bencana tetapi umat Muhammad saw pada akhir zaman ini hnyalah insaf untuk seketika dan kembali menjadi seorang yang kufur selepas semua itu berlalu...sungguh pandai manusia sekarang berlakon di dalam dunia yg fana ini...bilakah semua ini akan berakhir..?bilakah kita semua ingin kembali le pangkal jalan dan berhenti mnjadi pengikut2 yahudi...?sedarlah wahai saudara2 ku..!!janganlah kita mula sedar apabila waktu telah berhenti kerna di waktu itu pintu taubat tidak akan terbuka lagi untuk kita...sesungguhnya kita lah ahli neraka apbila mati dalam dosa yg mmenuhi diri..sesungguhnya masih ada jalan untuk kita berubah kerna Allah swt maha pengampun dan masih ade peluang untuk kita diwaktu ini untuk kembali kepada Nya..kenapa kita berlumba-lumba mencari harta di dunia ini..?adakah ia di hisab di hari perhitungan di padang mahsyar nanti..?mengapa kita tidak berlumba-lumba untuk mencari bekalan untuk di akhirat nanti..?apabila kita mati, hanyalah amalan baik yg kita akan bawa dan bukanlah harta yg berjuta-juta...disaat ini kita boleh gambarkan dengan kehidupan sekarang...apabila 2 buah bot nelayan keluar untuk menangkap ikan disaat nelayan lain masih tidur, mereka pulang membawa begitu banyak ikan, tetapi keesokkannya mereka keluar lewat sedikit bersama nelayan2 yg lain, maka mereka membawa pulang ikan yg sedikit...begitulah di waktu skarang..disaat kita berebut untuk mencari harta didunia sesungghnya kita akan mendapat sedikit sahaja, tetapi alangkah indah jika kita mncari harta untuk akhirat nanti kerna tidak ramai mencarinya di waktu skarang..pasti kita kan dapat lebih banyak kerna kita tidak ramai pesaing lain...fikir2kan lah wahai saudara saudari..jangan terlalu leka..sesungguhnya Allah itu maha pemurah...=_=

Wednesday, January 4, 2012

jadual terbaru...!!



                                                                   click gmbar untuk lebih jelas..^_^

 click gmbar untuk lebih jelas..^_^

jadual yg terbaru untuk group 1 dan 2....fit gile jadual nih....adesss....=.='

Popular Posts

BMI Calculator